Himpunan Teman Sejati

| |


Alhamdulillah... program Himpunan Teman Sejati telah selesai dengan jayanya... Seharian kita terhimpun bersama pemimpin yang telah pun melakar kejayaan dalam HPA. Bertuahnya kita dapat bersama-sama memanfaatkan waktu ini. Cuma 13 jam program berlangsung, namun terlalu banyak yang dapat kita kongsi.

Pendaftaran bermula sekitar jam 8:30 pagi. Lebih kurang 30 minit kemudian, himpunan dimulakan dengan slot perasmian bersama dengan penerima anugerah tertinggi untuk pencapaian sepanjang 2010, Distributor Of The Year 2010 (DOTY). Beliau ialah PJS Ustaz Ramizu yang telah meluangkan pagi beliau untuk bersama-sama kita... Berkongsi tip yang beliau praktikkan selama berada di dalam perjuangan. Menyata sasaran untuk kita sama-sama perlu capai iaitu jualan 6 juta untuk timur dan 1.8 juta khusus untuk Terengganu.
Kita mungkin tertanya-tanya, mengapa perlu kita semua berusaha keras ke arah pencapaiannya. Kita boleh memilih untuk memencilkan diri. Kita juga bebas memilih untuk mengecualikan masa kita daripada diganggu dengan urusan mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun Al-Fadhil Ust Ramizu telah menyediakan jawapan untuk kita. Kita perlu berjaya kerana kita sedang mencipta kejayaan untuk islam. Mustahil kita tidak merasa bertanggungjawab untuk sama-sama memikul tugas ini.

Program berehat untuk solat Zohor dan makan tengahari pada jam 1 petang.
Seterusnya program diterusakan bersama Top 30 2010, PJS Syed Ageel Al-Hadad pada jam 2:30 petang. Beliau yang tiba di bumi Darul Iman ini sejak pagi lagi menghabiskan waktu emasnya di Dewan Pusat Agensi HPA Paka bersama-sama dengan kita sehingga jam 10:00 malam. Berkongsi pengalaman yang sepanjang perjuangan memberitahu kita jalan yang ditempuh bukanlah mudah. Menggarap idea berkait strategi menjadi usahawan secara tidak langsung telah menjawab persoalan serta permasalahan yang membelenggu fikiran kita sejak sekian lama. Yang tinggal untuk kita adalah sama ada untuk terus menafi atau mengakui.

Malamnya, PJS Ustaz Jamaludin Jusoh Al-Hafiz pula menyentuh hati-hati kita dengan persoalan berkait hubungan kita dengan Allah. Apapun jawapan yang kita ada itu tidak penting. Kerana Allah lebih mengetahui bagaimana kita selama ini menjga hubungan kita denganNya. Semoga sentuhan tersebut menjadi alarm untuk kita memperbaiki hubungan itu. Al-Fadhil Ustaz Ja juga telah menyenarai kelebihan yang kita ada tetapi telah gagal kita manfaatkan. Mungkin terabai tanpa kita sedar. Namun pengabaian itu sedikit sebanyak menjadi sebab bilangan PJS Terengganu belum berjaya untuk diduplikasi.

Hari ini, kita menyambung rutin harian kita. Namun sudah tentu tidak lagi seperti biasa. Sebelum ini, kita merasa kita tidak boleh, kita fikir kita tidak mampu, kita sebut kita tidak pandai... Kita ungkap pelbagai alasan, kita senarai seribu permasalahan. Namun, cara kita tersangkal tanpa sengaja oleh mereka yang telah berjaya. Persoalan dan alasan kita jua telah dijawab oleh mereka tanpa kita terlebih dahulu mengaju soalan. Apa kita masih punya alasan? Atau kita sebenarnya yang tidak punya kemahuan?Ataupun, hari ini kita mahu mengaku, lontaran-lontaran kata sepanjang himpunan 15 Februari itu belum mampu merubah cara kita berfikir, merasa serta bertindak?

Rakaman jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PJS Ust Ramizu, PJS Tn Syed dan tidak lupa PJS Ust Ja.
Terima kasih juga serta sekalung tahniah buat semua peserta. Maafkan segala kekurangan. Dialukan sebarang kritik dan saran.

2 comments:

Melyuis said...

SALAM, SAYA MENGGUNAKAN UBAT TAMBAHAN, MACAM RASA IKAN DAN MEMUASKAN HAMPIR SETAHUN SAYA GUNAKAN. CERGAS OTAK SAYA.

Cg Zam said...

Alhamdulillah... :)

Post a Comment