Diasaskan Oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. HPA Adalah Milik Semua Pengedar. Berjuang Dalam HPA Dengan Penuh Kesedaran, Keinsafan Dan Tanggungjawab Adalah Sesuatu Yang Amat Diperlukan. HPA Bangun Di Celah-Celah Duri Yang Menikam. Mengorak Langkah Dalam Dunia Perniagaan Penuh Dengan Kepayahan, Kesusahan, Rintangan Dan Pelbagai Ujian.
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.
Sehubungan itu, beberapa jabatan utama di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis, akan berpindah secara berperingkat.
Bismillah...
Biasa kita mendengar ungkapan "HPA adalah suatu perjuangan" dan sememangnya kita telah mengharunginya.Sedarkah kita apa yang dikatakan perjuangan?Kekadang orang memahami erti perjuangan menurut perspektif peribadi serta menurut aklinya semata-mata.
Program Eklusif Sehari bersama Pengarah Urusan HPA (Tn Hj Ismail) insyaAllah akan tiba
di Kuala Terengganu pada 7hb Mei 2011 bertempat di Permai Inn.
dengan motto
'KECUKUPAN PRODUK HALAL DI PASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA'
satu program motivasi untuk mewujudkan gelombang business yang baru dalam HPA
Butiran program ESP seluruh Malaysia
Tiket : RM100.00 (kanak-kanak tidak dibenarkan masuk)
Bagi yang berminat boleh terus mendaftar dengan leader masing-masing.
Kelebihan peserta yang mengikuti program ini...
Tawaran mengikuti 5 bengkel daripada 30 bengkel secara PERCUMA sementara mereka yang berjaya mengikuti 21 daripada 30 bengkel ini, akan mendapat sijil / pengiktirafan daripada HPA
Peserta bengkel yang berpangkat PB boleh membuat belian 150 nm di pasar ESP bagi melayakkan diri mendapat pangkat PLX ( bonus 20%).
Jualan produk seperti Kopi Radix, Kopi Diet, Koko Radix. Mocha Radix & Radix Goat khusus kepada peserta sahaja.
Pemohon baru Agen Stok yang menyertai ESP layak menjadi Agen Stok tanpa mengikuti program khas agen stok dengan PU dan Panel Syariah seperti sebelum ini.
30 Bengkel yang ditawarkan kepada peserta ESP
1. Herba Alami
2. Perniagaan Jawi Water Filter
3. Kecantikan Islam
4. Sinergi Herba Pilihan
5. Perawatan Sakit Tuan
6. Perawatan Sakit Puan
7. Perawatan Gamat & Klorofil Drops
8. Kaunseling Islam
9. Al-Hijamah.
10. Tunas Hijau
11. Pemakanan sihat.
12. Refleksologi
13. Madu Lebah.
14. Kiropraktik.
15. Keusahawanan Herbalis
16. Keusahawanan MLMS
17. Iridologi
18. Diagnosis Tapak Tangan
19. Diagnosis Lidah dan Bahasa Tubuh.
20. Halal Haram
21. Perubatan Jawi
22. Anatomi dan Fisiologi
23. Program Khidmat Masyarakat
24. Bengkel Public Speaking
25. Bengkel Penggunaan Alatan Test Kesihatan
26. Bengkel 6M
27. Bengkel Sanad Hadis Perubatan
28. Bengkel Kejurujualan
29. Bengkel Perubatan secara Rukyah
30. Bengkel Kepimpinan MLMS.
Waktu menyusun produk-produk HPA untuk diambil gambar mengikut kategori produk, baru
terperasan produk HPA edaran AWM menerusi kedai-kedainya yang juga merupakan ahli-ahli MLMS HPA sehingga kini sudah melebihi angka 300... Tahun 2011 menyaksikan lagi produk-produk baru
yang berdaya saing tinggi memasuki pasaran seperti JAWI Filter, Jam Tangan Tawaf, Radix Goat dan Radix Mocha.
Sebagai sebuah entiti perniagaan, kita tentunya tidak terlepas daripada tempias situasi ekonomi semasa. Namun strategi mengimbangi kenaikan harga kebanyakan produk dengan kenaikan nilai mata produk teras adalah satu langkah bijak yang mampu meredakan kerisauan keluarga besar kita. Tinggal lagi untuk kita semua terus gempur menakluki pasaran ini bagi sama-sama merealisasi sasaran jualan 25 juta yang ditetapkan.
Produk Herba
Makanan & Minuman
Kosmetik & Dandanan Diri
Penjagaan Rumah
Lain-lain
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”
Gambar yang diambil daripada program Herbalis Harapan anjuran Pusat Agensi HPA Paka siri 1 yang diadakan semasa Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2010. Program ini disertai oleh anak-anak ahli HPA sekitar Dungun.
Alhamdulillah... program Himpunan Teman Sejati telah selesai dengan jayanya... Seharian kita terhimpun bersama pemimpin yang telah pun melakar kejayaan dalam HPA. Bertuahnya kita dapat bersama-sama memanfaatkan waktu ini. Cuma 13 jam program berlangsung, namun terlalu banyak yang dapat kita kongsi.
Pendaftaran bermula sekitar jam 8:30 pagi. Lebih kurang 30 minit kemudian, himpunan dimulakan dengan slot perasmian bersama dengan penerima anugerah tertinggi untuk pencapaian sepanjang 2010, Distributor Of The Year 2010 (DOTY). Beliau ialah PJS Ustaz Ramizu yang telah meluangkan pagi beliau untuk bersama-sama kita... Berkongsi tip yang beliau praktikkan selama berada di dalam perjuangan. Menyata sasaran untuk kita sama-sama perlu capai iaitu jualan 6 juta untuk timur dan 1.8 juta khusus untuk Terengganu.
Kita mungkin tertanya-tanya, mengapa perlu kita semua berusaha keras ke arah pencapaiannya. Kita boleh memilih untuk memencilkan diri. Kita juga bebas memilih untuk mengecualikan masa kita daripada diganggu dengan urusan mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun Al-Fadhil Ust Ramizu telah menyediakan jawapan untuk kita. Kita perlu berjaya kerana kita sedang mencipta kejayaan untuk islam. Mustahil kita tidak merasa bertanggungjawab untuk sama-sama memikul tugas ini.
Program berehat untuk solat Zohor dan makan tengahari pada jam 1 petang. Seterusnya program diterusakan bersama Top 30 2010, PJS Syed Ageel Al-Hadad pada jam 2:30 petang. Beliau yang tiba di bumi Darul Iman ini sejak pagi lagi menghabiskan waktu emasnya di Dewan Pusat Agensi HPA Paka bersama-sama dengan kita sehingga jam 10:00 malam. Berkongsi pengalaman yang sepanjang perjuangan memberitahu kita jalan yang ditempuh bukanlah mudah. Menggarap idea berkait strategi menjadi usahawan secara tidak langsung telah menjawab persoalan serta permasalahan yang membelenggu fikiran kita sejak sekian lama. Yang tinggal untuk kita adalah sama ada untuk terus menafi atau mengakui.
Malamnya, PJS Ustaz Jamaludin Jusoh Al-Hafiz pula menyentuh hati-hati kita dengan persoalan berkait hubungan kita dengan Allah. Apapun jawapan yang kita ada itu tidak penting. Kerana Allah lebih mengetahui bagaimana kita selama ini menjga hubungan kita denganNya. Semoga sentuhan tersebut menjadi alarm untuk kita memperbaiki hubungan itu. Al-Fadhil Ustaz Ja juga telah menyenarai kelebihan yang kita ada tetapi telah gagal kita manfaatkan. Mungkin terabai tanpa kita sedar. Namun pengabaian itu sedikit sebanyak menjadi sebab bilangan PJS Terengganu belum berjaya untuk diduplikasi.
Hari ini, kita menyambung rutin harian kita. Namun sudah tentu tidak lagi seperti biasa. Sebelum ini, kita merasa kita tidak boleh, kita fikir kita tidak mampu, kita sebut kita tidak pandai... Kita ungkap pelbagai alasan, kita senarai seribu permasalahan. Namun, cara kita tersangkal tanpa sengaja oleh mereka yang telah berjaya. Persoalan dan alasan kita jua telah dijawab oleh mereka tanpa kita terlebih dahulu mengaju soalan. Apa kita masih punya alasan? Atau kita sebenarnya yang tidak punya kemahuan?Ataupun, hari ini kita mahu mengaku, lontaran-lontaran kata sepanjang himpunan 15 Februari itu belum mampu merubah cara kita berfikir, merasa serta bertindak?
Rakaman jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PJS Ust Ramizu, PJS Tn Syed dan tidak lupa PJS Ust Ja.
Terima kasih juga serta sekalung tahniah buat semua peserta. Maafkan segala kekurangan. Dialukan sebarang kritik dan saran.