Bersama PJS Syarifah

| |


Tiada kata yang mampu diucapkan selain alhamdullillah di atas kelancaran program yang julung kalinya diadakan di pantai timur pada 26 dan 27 November 2010 lalu. Program anjuran D'Radix-Komuniti HPA Dungun disambut dengan meriah dengan kehadiran peserta memenuhi segenap ruang di Dewan Rumbia Resort, Paka, Terengganu. Program ini mempunyai 2 pakej iaitu pakej A pada 26 Nov 2010 dan pakej B pada 27 Nov 2010.

Pakej A diadakan khas untuk kaum wanita yang berkahwin sahaja dan disertai seramai 150 orang. Program ini dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang dipengerusikan oleh PJ Fauziah. Seterusnya, PJE Siti Abidah selaku penasihat program memberikan sedikit ucapan alu-aluan dan merasmikan program. Ceramah disampaikan oleh Pn.Hajah Sharifah Sulaiman yang mana program tersebut bertemakan “Isteri Sihat, Keluarga Bahagia”. Antara kandungan program tersebut adalah penyakit-penyakit kronik yang menjadi kebimbangan kaum wanita terutamanya permasalahan rahim. Program berakhir pada jam 11.30 malam.

Pakej B diadakan sebagai kesinambungan PBC untuk slot diagnosa saraf tapak tangan yang dinamakan program pemantapan saraf tapak tangan. Disertai seramai 150 orang. Program ini dipengerusikan oleh Dr. Fauzi yang memulakan program dengan puji-pujian kepada Allah. Program berakhir pada jam 5.00 petang.

Kedua-dua pakej program diakhiri dengan hadiah cabutan bertuah.

D'Radix mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk bersama dalam program ini. Tidak lupa juga kepada ajk D'Radix yang menjayakan program ini.

-Teks asal oleh :Syida, ICT D'Radix

No comments:

Post a Comment