Sambutan Hari Raya AidilFitri D'Radix Meriah

| |
Alhamdulillah...
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di anjurkan oleh D'Radix-Komuniti HPA Dungun disambut dengan meriah dengan kehadiran memenuhi segenap ruang di Dewan HPA Cawangan Dungun. Sambutan ini dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang dipengerusikan oleh PJ Cg Khairul. Seterusnya, PJI Pok Ghani selaku pengerusi D'Radix dan pengarah program memberikan sedikit ucapan alu-aluan. PJS Ustaz Ja yang mempunyai program di tempat lain masih dapat meluangkan masanya untuk bersama-sama rakan-rakan seperjuangan HPA dengan memberikan sedikit ucapan dan tazkirah ringkas tapi bermakna.

Dalam komuniti perjuangan yang bukan sahaja mengejar keuntungan duniawi, tanggungjawab kepada masyarakat setempat tidak dilupakan. Di kesempatan menyambut Aidilfitri ini, D'Radix memberikan sedikit sumbangan raya kepada ibu tunggal dan anak yatim yang terpilih sekitar Dungun. Sumbangan raya ini disempurnakan oleh PJS Pak Lah.

D'Radix mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadirkan diri bagi memeriahkan sambutan raya pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada ajk D'Radix yang menjayakan & menyediakan juadah raya yang semuanya sedap-sedap belaka.

Ucapan Pengerusi Majlis PJ Cg Khairul

Ucapan Aluan Pengerusi D'Radix, PJI Pok Ghani

Ucapan Hari Raya Oleh PJS Ustaz Ja

PJS Pak Lah memberikan sumbangan Hari Raya daripada D'Radix















No comments:

Post a Comment