Memupuk Ukhuwwah, Mempersada Perjuangan

| |


K. Berang, 20 Julai 2010 - Air Terjun Sekayu menjadi saksi keeratan ukhuwah ahli keluarga Fasilitator PBC D'Radix yang julung kali diadakan sepanjang kewujudan komuniti HPA di Dungun. Bertemakan " Memupuk Ukhuwwah, Mempersada Perjuangan", hari keluarga ini dapat diadakan dengan jayanya. Kehadiran PJS Ustaz Ja sekeluarga memeriahkan lagi sambutan hari keluarga ini.

HPA Cawangan Dungun menjadi tempat berkumpul sebelum bertolak ke Air Terjun Sekayu. Konvoi 9 buah kereta yang memakan masa sekitar 2 jam selamat sampai di destinasi dituju. Bermula dengan menjamu makanan, anak-anak D'Radix bersuka ria dengan aktiviti sukaneka. Tidak dilupakan juga untuk Fasilitator, sukaneka ringkas juga diadakan. Gelagat dan keriangan serta keeratan kekeluargaan terselah dengan aktiviti santai tersebut. Seterusnya adalah acara mandi manda yang amat di nanti-nantikan semua. Kesejukan dan kenyamanan air terjun sekayu dapat menenangkan diri.

Dalam keadaan keriangan dan kedamaian di Sekayu, perjuangan bersama HPA tetap tidak di lupakan. Suntikan semangat dan mutiara motivasi yang diberikan oleh Ustaz Ja menjadi pemangkin keazaman untuk mempersadakan perjuangan bersama HPA. Sunnah bagi pejuang, menempuh onak duri, kita tidak mampu menempuh berseorangan. Ukhuwwah perlu diperkemas untuk terus melangkah dalam sebuah perjuangan.

Semoga aktiviti sebegini memberikan suatu impak yang positif untuk keluarga Fesi PBC D'Radix khusus dan ahli HPA secara amnya.

No comments:

Post a Comment